Thursday 24 May 2012

Tahniah Dato' Fauzi

Dewan Pemuda Pas Perak mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Fauzi Shaari yang menyertai Parti Islam Semalaysia Pas.

Majlis yang penuh bermakna itu telah berlangsung di Padang Kota Wira di DUN Batu Kurau, Dato Fauzi Menyerahkan borang keahlian PAS kepada Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.







Malam yang bersejarah itu juga diserikan lagi dengan pidato dari Timbalan Presiden PAS, Saudara Muhammad Sabu. Ribuan penyokong dan pendokong dari Parlimen Larut ( Batu Kurau, Kubu Gajah dan Selama) yang sekarang kesemuanya diwakili oleh Umno BN.

Insyaallah dengan semangat dan kerja kuat dari semua pihak, kita yakin dapat mengambil alih pemerintahan Larut dan Dun kepada Pakatan Rakyat dalam peliharaya ke 13 nanti. Dengan kemasukan pembesar-pembesar dari kerajaan yang mempunyai pengalaman dapat membantu kerja pilihanraya akan datang.

Justeru, kepimpinan Pemuda Perak mengucap tahniah dan syabas kepada Dato kerana berani menyertai Parti Islam Semalaysia PAS.Semoga keberadaan Dato' dalam PAS dapat menyumbang bakti kepada penduduk di Larut, Perak dan Malaysia.

No comments:

Post a Comment