Wednesday 23 May 2012

Perkataan ISLAM

SEMANGGOL, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak Ustaz Zawawi Hassan menyelar cadangan yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa supaya perkataan “ Islam” dalam PAS dikaji oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beberapa minggu yang lalu, Presiden Perkasa itu menyatakan cadangan tersebut dengan berdasarkan PAS telah menyeleweng jauh dari islam dan menjadikan saranan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS mewajibkan penyokong PAS turun BERSIH 3.0

Dato’ Ibrahim Ali yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas juga berkata beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan salahguna kuasa pemimpin PAS, terutama dalam kes yang melibatkan pembelian tanah.

Dalam pada itu Ustaz Zawawi Hassan mencabar Ibrahim Ali mengemukan bukti dan alas an yang kukuh bagi membuktikan Pas menyeleweng dalam menjalan dasar Islam sehingga beliau mengguna Majlis Fatwa untuk mengkaji semua.Adakah Ibrahim Ali melihat berjayanya Majlis Fatwa dalam mengeluarkan fatwa haram perhimpunan BERSIH 3.0, lalu beliaujuga ingin mengguna Majlis Fatwa sebagai menolak gelombang rakyat dalam menolak kebobrokan pemerintahan Umno sekarang.

Melihat keberjayaan dan kegemilangan PAS dalam arena membina masyarakat yang lebih bertamadun Ustaz Zawawi mewakili Dewan Pemuda Pas Perak akan mempertahankan perkataan Islam yang sentiasa dijulang dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) supaya tidak dirobek atau dicaturkan oleh sesiapa yang dengki dengan kejayaan PAS dalam arena politik tanah air.


Isu perkataan ISLAM dlm PAS telah timbul sebelum ini lagi oleh mereka yang dengki kepada gerakan perjuangan PAS yang bertunjangkan Islam  telah membuktikan dengan Islam dapat menyatupadukan semua bangsa yang berada dalam Negara ini.

Majlis Raja-raja beberapa tahun sebelum ini telah bersidang utk berbincang isu berkenaan dan memutuskan tiada masalah perkataan ISLAM digunakan dalam parti...

Persoalannya, adakah Dato' Ibrahim Ali mahu menafikan majlis raja-raja Melayu dan mempelekeh keputusan yang telah dibuat.

Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda Pas Perak mengharap penilaian dan pembacaan yang lebih terbuka berdasarkan konsep Islam perlu diperhalusi oleh Sohibus samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan seri Harussani dalam isu perkataan Islam ini.

No comments:

Post a Comment