Thursday, 12 July 2012

kemenangan IKHWAN inspirasi PAS

IPOH , Kemenangan Morsi di Mesir yang diistiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang besar bagi perjuangan Islam dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah SWT.
 
Demikian kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian, ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Dr Mohammad Morsi diistiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden negara itu.

Dr Mohammad Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi. Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Memetik ucapan beliau,

"Moga kemenangan ikhwan muslimin di mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat"

" PAS sentiasa yakin bahawa pertolongan Allah akan tiba, dan kerana itu PAS Perak khususnya sentiasa berusaha untuk meraih kemenangan bagi menyebarluaskan agama Islam di Negeri ini, kerana Islam adalah agama yang membawa rahmat buat seluruh manusia"
 
Sila tekan butang mute untuk on/off audio

No comments:

Post a Comment

Post a Comment