Sudah berlalu Himpunan Jutaan Belia yang berhimpun di Putrajaya, pelbagai "hidangan istimewa" disajikan untuk menarik minat muda mudi harapan bangsa dan agama. Betapa megah dan menggunung tinggi harapan Pimpinan Negara terhadap para belia untuk meneruskan legasi pemerintahan yang berkuasa sekarang. Jiwa belia beliawanis disaji dan ditatang bagaikan minyak yang penuh.Pelbagai transfomasi konsert dihidang untuk para belia.
Sudah terang lagi bersuluh, agenda meruntuhkan martabat belia yang diagungkan dalam Islam dilenyapkan oleh pemerintah dalam program Himpunan Jutaan Belia. Belia yang takutkan Allah adalah antara mereka yang akan mendapat perlindungan Allah dimana pada masa tersebut tiada perlindungan selain dari perlindungan Allah.Belia yang menolak kemungkaran Allah didunia ini akan dikurniakan lindungan Allah dimahsyar nanti.
Sesungguhnya Malaysia inginkan kekentalan pemuda-pemuda Al-kahfi, yang berani menuntut kebenaran, bukannya belia yang boleh diperkotak-katik oleh pemerintah yang mempunyai kuasa. Kisah tersebut dirakamkan dalam AlQuran;
"Ketika belia-belia itu berlindung kedalam gua lalu mereka berdoa, "ya Tuhan kami, berikan rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakan lah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami". Al kahf 10
Ini menunjukkan bahawa pembinaan jatidiri belia wajib melalui petunjuk Ilahi, dalam maksud semua kerjabuat dalam pembagunan insan khusus para belia berpandukan manhaj Islam yang di ajar oleh Allah dan Rasul.
Himpunan Jutaan belia yang ditaja oleh Kerajaan baru-baru ini bukan lah satu prgoram yang boleh dibanggakan dalam pembagunan insan.Mungkin hanya boleh dibanggakan dengan kehadiran jutaan belia untuk menyaksikan alunan nyayian dan aksi-aksi jahiliah moden. Tidak cukup dengan kehadiran artis dari "Negara Islam", diundang untuk melalaikan belia, di jemput khusus artis dari "Negara Bukan Islam", untuk menarik minat belia memenuhi Putrajaya.Jika begitu apa bezanya "Negara Islam dan "Negara Bukan Islam".
Apa yang kita kesal, tiada apa-apa komen dari mereka yang berjawatan didalam kerajaan terutama Menteri yang menjaga soal Islam, tidak beliau sedar bahawa perhimpuan Jutaan Belia 2012 yang lalu adalah satu program maksiat yang terancang yang diaturkan oleh kerajaan?
Dimana NGO Jati yang berdegar-degar mempersoalkan akidah umat islam? Tidak kah progaram Himpunan Jutaan Belia 2012 menggegarkan akidah umat Islam?
Dimana NGO Perkasa yang sentiasa mendabik dada menjaga ketuanan Melayu? Adakah Artis-artis barat dijemput khusus untuk mendidik jiwa anak bangsa Melayu?
Dimana suara Ulama Muda Umno?seolah-olah sudah menjadi syaitan bisu.
Dimana suara Majlis Fatwa Kebangsaan yang baru-baru ini mengatakan Himpunan Bersih adalah haram, adakah Himpunan Jutaan Belia adalah "harus" dengan kehadiran artis yang memperagakan tubuh badan.
Jika ditinjau dalam perspektif kemanusian, program Himpunan Jutaan Belia 2012 baru-baru ini bukan suatu program yang membina tamadun insan yang sempurna, tetapi lebih kepada membawa jiwa belia kepada keseronokan yang melampau hingga lupakan tanggungjawab sebagai seorang belia yang cintakan Agama, Bangsa dan Negara.
Justeru, Parti Islam Semalaysia PAS tampil kehadapan dalam arena membina syahsiah belia yang takutkan Allah.Himpunan atau Ijtima Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat bebarapa bulan yang lalu, kali pertamanya berhimpun di Terengganu dan kali kedua nya di Taman Melewar yang menggamit ribuan anak muda dan dibentangkan pelbagai ilmu dalam pembinaan keperibadian seorang belia.
Semoga usaha dari DPP Pusat dijalankan setiap tahun bahkan wajar dilakukan setiap Negeri dibawah Dewan Pemuda Negeri dalam memaknakan kemenangan Islam demi mendidik jiwa belia supaya takutkan Allah.
Tuesday, 29 May 2012
Thursday, 24 May 2012
Tahniah Dato' Fauzi
Dewan Pemuda Pas Perak mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Fauzi Shaari yang menyertai Parti Islam Semalaysia Pas.
Majlis yang penuh bermakna itu telah berlangsung di Padang Kota Wira di DUN Batu Kurau, Dato Fauzi Menyerahkan borang keahlian PAS kepada Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Malam yang bersejarah itu juga diserikan lagi dengan pidato dari Timbalan Presiden PAS, Saudara Muhammad Sabu. Ribuan penyokong dan pendokong dari Parlimen Larut ( Batu Kurau, Kubu Gajah dan Selama) yang sekarang kesemuanya diwakili oleh Umno BN.
Insyaallah dengan semangat dan kerja kuat dari semua pihak, kita yakin dapat mengambil alih pemerintahan Larut dan Dun kepada Pakatan Rakyat dalam peliharaya ke 13 nanti. Dengan kemasukan pembesar-pembesar dari kerajaan yang mempunyai pengalaman dapat membantu kerja pilihanraya akan datang.
Justeru, kepimpinan Pemuda Perak mengucap tahniah dan syabas kepada Dato kerana berani menyertai Parti Islam Semalaysia PAS.Semoga keberadaan Dato' dalam PAS dapat menyumbang bakti kepada penduduk di Larut, Perak dan Malaysia.

Wednesday, 23 May 2012
Perkataan ISLAM
SEMANGGOL, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak Ustaz Zawawi Hassan
menyelar cadangan yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
supaya perkataan “ Islam” dalam PAS dikaji oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Beberapa minggu yang lalu, Presiden Perkasa itu menyatakan cadangan tersebut dengan berdasarkan PAS telah menyeleweng jauh dari islam dan menjadikan saranan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS mewajibkan penyokong PAS turun BERSIH 3.0
Dato’ Ibrahim Ali yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas juga berkata beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan salahguna kuasa pemimpin PAS, terutama dalam kes yang melibatkan pembelian tanah.
Dalam pada itu Ustaz Zawawi Hassan mencabar Ibrahim Ali mengemukan bukti dan alas an yang kukuh bagi membuktikan Pas menyeleweng dalam menjalan dasar Islam sehingga beliau mengguna Majlis Fatwa untuk mengkaji semua.Adakah Ibrahim Ali melihat berjayanya Majlis Fatwa dalam mengeluarkan fatwa haram perhimpunan BERSIH 3.0, lalu beliaujuga ingin mengguna Majlis Fatwa sebagai menolak gelombang rakyat dalam menolak kebobrokan pemerintahan Umno sekarang.
Melihat keberjayaan dan kegemilangan PAS dalam arena membina masyarakat yang lebih bertamadun Ustaz Zawawi mewakili Dewan Pemuda Pas Perak akan mempertahankan perkataan Islam yang sentiasa dijulang dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) supaya tidak dirobek atau dicaturkan oleh sesiapa yang dengki dengan kejayaan PAS dalam arena politik tanah air.
Isu perkataan ISLAM dlm PAS telah timbul sebelum ini lagi oleh mereka yang dengki kepada gerakan perjuangan PAS yang bertunjangkan Islam telah membuktikan dengan Islam dapat menyatupadukan semua bangsa yang berada dalam Negara ini.
Majlis Raja-raja beberapa tahun sebelum ini telah bersidang utk berbincang isu berkenaan dan memutuskan tiada masalah perkataan ISLAM digunakan dalam parti...
Persoalannya, adakah Dato' Ibrahim Ali mahu menafikan majlis raja-raja Melayu dan mempelekeh keputusan yang telah dibuat.
Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda Pas Perak mengharap penilaian dan pembacaan yang lebih terbuka berdasarkan konsep Islam perlu diperhalusi oleh Sohibus samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan seri Harussani dalam isu perkataan Islam ini.

Tuesday, 8 May 2012
Desak DS Najib, DS Hismuddin dan TS Ismail letak jawatan
Dewan Pemuda Pas Perak hari
ini menyokong penuh atas kenyataan Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak Datuk
seri Najib Razak, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Tan Sri Ismail Omar
meletak jawatan ekoran tindakan polis membelasah peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari Sabtu lepas.
Tindakan ganas keterlaluan pihak polis lebih bermirip
perlakuan tentera Zionis Israel terhadap
rakyat Palestin.Justeru, DPP Perak
menyokong kenyataan DPP Pusat
agar Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab
diatas insiden yang berlaku dan melaetak jawatan dengan serta merta.
Mereka gagal mengawal anggota polis yang bertugas untuk
mengawal keselamatan tetapi mengikut beberapa bukti yang jelas mereka adalah
pencetus provokasi sehingga membelasah anggota polis untuk menaikkan kemarahan
peserta perhimpunan menyebabkan keadaan sedikit kecoh.PDRM gagal mengenal pasti
yang sepatutnya rakyat yang berhimpun secara aman dilindungi dan yang mana
penjenayah yang perlu diperangi.
Melalui rakaman para peserta, pihak polis membelasah dan
menangkap peserta perhimpunan Bersih setelah dua jam perhimpunan selesai.Suatu
tindakan yang tidak berperikemanusian yang amat dikesali oleh DPP Perak.
Selain daripada itu pihak polis dan FRU bertindak melepaskan
gas pemedih mata serta air kimia kepada orang ramai yang berkumpul di Masjid
Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan
Menara Maybank.
Tindakan yang tidak wajar oleh polis memukul, terajang,
menyepak,menumbuk para peserta dan juga wartawan yang sepatutnya dilindungi.
Tersebar rakaman vedio dan ramai saksi melihat bagaimana
kereta polis melanggar orang ramai yang berjalan secara aman dikaki lima SOGO.
Tindakan kejam anggota polis dan kerajaan khususnya Kementerian Dalam
Negeri (KDN) berlawanan dengan etika dan
memungkiri janji untuk memberi laluan
terhadap perhimpunan aman duduk bantah miskipun pada awalnya mereka berjanji
untuk membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung.
Justeru, Dewan Pemuda Pas Perak amat kesal di atas tindakan
yang amat tidak matang pihak polis dengan tindakan yang sedemikian,
DPP Perak menyokong penuh kenyataan Dewan Pemuda Pas Pusat agar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Hishamuddin
Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meletak jawatan serta merta.
Subscribe to:
Posts (Atom)