Sudah berlalu Himpunan Jutaan Belia yang berhimpun di Putrajaya, pelbagai "hidangan istimewa" disajikan untuk menarik minat muda mudi harapan bangsa dan agama. Betapa megah dan menggunung tinggi harapan Pimpinan Negara terhadap para belia untuk meneruskan legasi pemerintahan yang berkuasa sekarang. Jiwa belia beliawanis disaji dan ditatang bagaikan minyak yang penuh.Pelbagai transfomasi konsert dihidang untuk para belia.
Sudah terang lagi bersuluh, agenda meruntuhkan martabat belia yang diagungkan dalam Islam dilenyapkan oleh pemerintah dalam program Himpunan Jutaan Belia. Belia yang takutkan Allah adalah antara mereka yang akan mendapat perlindungan Allah dimana pada masa tersebut tiada perlindungan selain dari perlindungan Allah.Belia yang menolak kemungkaran Allah didunia ini akan dikurniakan lindungan Allah dimahsyar nanti.
Sesungguhnya Malaysia inginkan kekentalan pemuda-pemuda Al-kahfi, yang berani menuntut kebenaran, bukannya belia yang boleh diperkotak-katik oleh pemerintah yang mempunyai kuasa. Kisah tersebut dirakamkan dalam AlQuran;
"Ketika belia-belia itu berlindung kedalam gua lalu mereka berdoa, "ya Tuhan kami, berikan rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakan lah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami". Al kahf 10
Ini menunjukkan bahawa pembinaan jatidiri belia wajib melalui petunjuk Ilahi, dalam maksud semua kerjabuat dalam pembagunan insan khusus para belia berpandukan manhaj Islam yang di ajar oleh Allah dan Rasul.
Himpunan Jutaan belia yang ditaja oleh Kerajaan baru-baru ini bukan lah satu prgoram yang boleh dibanggakan dalam pembagunan insan.Mungkin hanya boleh dibanggakan dengan kehadiran jutaan belia untuk menyaksikan alunan nyayian dan aksi-aksi jahiliah moden. Tidak cukup dengan kehadiran artis dari "Negara Islam", diundang untuk melalaikan belia, di jemput khusus artis dari "Negara Bukan Islam", untuk menarik minat belia memenuhi Putrajaya.Jika begitu apa bezanya "Negara Islam dan "Negara Bukan Islam".
Apa yang kita kesal, tiada apa-apa komen dari mereka yang berjawatan didalam kerajaan terutama Menteri yang menjaga soal Islam, tidak beliau sedar bahawa perhimpuan Jutaan Belia 2012 yang lalu adalah satu program maksiat yang terancang yang diaturkan oleh kerajaan?
Dimana NGO Jati yang berdegar-degar mempersoalkan akidah umat islam? Tidak kah progaram Himpunan Jutaan Belia 2012 menggegarkan akidah umat Islam?
Dimana NGO Perkasa yang sentiasa mendabik dada menjaga ketuanan Melayu? Adakah Artis-artis barat dijemput khusus untuk mendidik jiwa anak bangsa Melayu?
Dimana suara Ulama Muda Umno?seolah-olah sudah menjadi syaitan bisu.
Dimana suara Majlis Fatwa Kebangsaan yang baru-baru ini mengatakan Himpunan Bersih adalah haram, adakah Himpunan Jutaan Belia adalah "harus" dengan kehadiran artis yang memperagakan tubuh badan.
Jika ditinjau dalam perspektif kemanusian, program Himpunan Jutaan Belia 2012 baru-baru ini bukan suatu program yang membina tamadun insan yang sempurna, tetapi lebih kepada membawa jiwa belia kepada keseronokan yang melampau hingga lupakan tanggungjawab sebagai seorang belia yang cintakan Agama, Bangsa dan Negara.
Justeru, Parti Islam Semalaysia PAS tampil kehadapan dalam arena membina syahsiah belia yang takutkan Allah.Himpunan atau Ijtima Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat bebarapa bulan yang lalu, kali pertamanya berhimpun di Terengganu dan kali kedua nya di Taman Melewar yang menggamit ribuan anak muda dan dibentangkan pelbagai ilmu dalam pembinaan keperibadian seorang belia.
Semoga usaha dari DPP Pusat dijalankan setiap tahun bahkan wajar dilakukan setiap Negeri dibawah Dewan Pemuda Negeri dalam memaknakan kemenangan Islam demi mendidik jiwa belia supaya takutkan Allah.